Thanks a lot kepada pengunjung2x blog ni....sudi-sudi la view stuff2x yang ada kat sini, ada alas meja/tv, kotak tisu (buat hantaran ok nie)...ini semua dari Jeddah. Disamping tu ada perfume, pin/key chain 1M, jus manggis dan lain-lain. Kalau ada sebarang pertanyaan sila-sila la email kat saya....email address ada kat bawah tu....

Tuesday 26 January 2010

Saya tak sehebat Fatimah r.a

Ali r.anhu suatu ketika bercerita kepada murid-muridnya mengenai kisah Fatimah r.a puteri Rasulullah saw yang paling disayanginya.

Fatimah r.a selalu mengisar bijirin bersendiri, kerja-kerja begini menyebabkan tangan-tangannya kelihatan kasar dipenuhi dengan kulit-kulit keras berkematu. Beliau mengambil air dengan bekas kulit dan membawanya sehingga meninggalkan calar-calar di dadanya. Beliau membersihkan rumahnya sendiri sehingga pakaiannya kotor.

Suatu ketika tawanan-tawanan perang dibawa ke Madinah. Ali r.anhu pun berkata kepada Fatimah r.a, "pergilah berjumpa Rasulullah saw dan pintalah kepada baginda seorang ghulam (orang suruhan) agar kerja-kerja harian di rumah dapat dibantu."

Fatimah r.a pun pergilah berjumpa dengan Rasulullah saw. Di sana beliau dapati orang ramai mengelilingi baginda. Lantaran sifat pemalunya, beliau tidak mahu memintanya di hadapan orang ramai.

Keesokan harinya Rasulullah saw datang ke rumah Fatimah r.a dan bertanya: "Fatimah, apa sebab anakanda datang kepadaku kelmarin?". Fatimah r.a berasa malu dan hanya berdiam diri sahaja. Ali r.anhu pun berkata. "Ya Rasullullah saw, akibat kerja mengisar dan mengangkut air, tangan dan dada Fatimah menjadi keras berkematu dan calar-calar. Beliau juga sibuk membersihkan rumah dan lain-lain kerja rumah. Ini menyebabkan pakaiannya kotor. Daku memberitahunya tentang orang-orang tawanan dan menasihati beliau berjumpa tuan untuk meminta seorang ghulam."

Diriwayatkan juga bahawa Fatimah r.a meminta sesuatu,"Daku dan Ali mempunyai hanya satu tempat lapik tidur dan itu pun hanyalah daripada kulit kambing. Pada waktu pagi kami gunakannya untuk mengisi makanan unta."

Bersabda Rasulullah saw:
"Fatimah, bersabarlah. Nabi Musa a.s dan isterinya mempunyai hanya satu tempat lapik tidur yang dikongsinya bersama. Itupun hanya jubah Nabi Musa a.s. Takutlah kepada Allah, perolehi taqwa dan tunaikanlah tugasmu kepada Allah dan kerjalah urusan rumahtanggamu. Apabila kamu akan ke tempat tidur, bacalah "Subhanallah" 33 kali, "Alhamdulillah" 33 kali dan Ällahu Akbar" 33 kali. Kamu akan mendapatinya lebih baik daripada khadam.

Fatimah r.a pun berkata,"Daku gembira dengan apa yang Allah dan RasulNya saw sukai."
(Petikan dari Kisah Kehidupan & Perjuangan Para Sahabat - nukilan S.M Zakaria)

Jauh bezanya, saya memerlukan pembantu untuk menguruskan hal-hal rumah dan anak-anak. "Ya Allah, aku tak sehebat Fatimah r.a. Kau kuatkanlah iman dalam hatiku, semoga aku tidak lupa mengucapkan zikir kepadaMu setiap waktu. Masukkan daku dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa." Amin.