Thanks a lot kepada pengunjung2x blog ni....sudi-sudi la view stuff2x yang ada kat sini, ada alas meja/tv, kotak tisu (buat hantaran ok nie)...ini semua dari Jeddah. Disamping tu ada perfume, pin/key chain 1M, jus manggis dan lain-lain. Kalau ada sebarang pertanyaan sila-sila la email kat saya....email address ada kat bawah tu....

Sunday 9 May 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di dunia ni terutamanya kepada ibu saya Maimun Binti Pandak Jabor serta ibu mertua Azizah Binti Hassan. Semoga pengorbanan kalian membesarkan anak-anak hanya Allah yang dapat membalasnya. Anakanda doakan kalian dirahmati Allah selalu, dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan berbahagia selalu.

Selamat Hari Ibu juga buat diri saya...Syukur Ya Allah, Kau telah memberiku peluang untuk memegang gelaran yang mulia ini....akan ku jaga amanah yang Kau kurniakan ini dengan sebaik mungkin...semoga mereka menjadi insan yang dirahmatiMu dan berguna dewasa kelak.

Friday 7 May 2010

Diperkenalkan dengan bisnes baru

ProShare2u.com bersama program reseller menawarkan peluang perniagaan kepada anda. Hanya membeli pakej yang disediakan, anda berpeluang menjana pendapatan hebat. Dengan 1 pakej ProShare2u.com, anda layak menjadi rakaniaga ProShare2u.com dan bakal mengecapi keuntungan selepas ini.

Kami sediakan 3 Pakej utama yang menawarkan komisen hebat untuk insentif kumpulan auto-placement sehingga 5 level dan berpotensi mendapat pendapatan sehingga lebih 1 JUTA! Hanya kenalkan kehebatan produk kepada kenalan.

Untuk maklumat lanjut;
http://www.ProShare2u.com/RoseDamia
http://www.ProShare2u.com/RoseDamia
http://www.ProShare2u.com/RoseDamia

Perniagaan ini sungguh MUDAH. Cuma SMS dan EMAIL laman web anda kepada kawan2. Selainnya, kami buatkan untuk anda.

Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk ProShare2u.com kami, sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.

Thursday 6 May 2010

Damia admitted in wad for 4 days (May 1 to May 5)

Tiada seorang ibu yang mahukan anaknya sakit...senantiasa berdoa Allah memberikan kesihatan yang baik buat anaknya. Tapi takdir Allah tiada siapa boleh menghalang...inilah ujian buat saya. Akibat deman yang melampau, damia dimasukkan di wad hospital serdang. Sedih tak terkata, melihat dia menangis bila tangan & kakinya dicucuk jarum untuk diambil darah. Selepas 4 hari, alhamdulillah, Damia pulih sepenuhnya. Damia kembali ceria dan aktif.

Tuesday 27 April 2010

Genting Highland

Pergi bercuti ke Genting Highland pada 20/4 - 21/4. Menginap di First World Hotel, dapat rate promotion RM 45 per night untuk standard room (including 2 pax breakfast lagi tu). Promosi ni sampai hujung tahun ni...untuk maklumat layari la www.rwgenting.com

Tapi sayang hari tu ...belum pun puas bermain kat outdoor park...hujan turun...so terpaksa la menghabiskan masa sampai ke malam dengan indoor....

Paling best...Damia...nampak ceria sesangat. Iqbal...dari deman terus sihat...berkali-kali main bumper car.

Thank you hubbyku sayang.

Sunday 21 March 2010

Jalan-Jalan Di Hari Ahad






Oleh kerana kami tak jadi balik kampung semalam, so hari ini hubby bawa kami anak beranak keluar jalan-jalan lagi. Rancangan nak pergi ke Fiesta Buku di PWTC. Dalam perjalanan ke sana, tiba-tiba hubby dapat idea "Apa kata kalau kita naik LRT je ke sana...tak payah susah-susah nak cari parking kereta"...saya dan Iqbal ikut je...lagipun Damia tak pernah naik LRT lagi. Jadi kami pun naik la LRT dari stesen Bdr Tasek Selatan ke stesen PWTC. Saya memang dah lama tak naik LRT terutama STAR LRT. Pada pendapat saya, STAR tak friendly user..tak de lif langsung. Bayangkan kena mengangkat stroller Damia mengggunakan tangga.

Dalam tren, Damia riangnya...pengalaman baru baginya. Memang tak lekang la sengih dia tu..sampai orang sekeliling pun suka tengok aksinya...bangga sungguh la hati mama dia ni.

Di Fiesta Buku...susahnya nak bergerak...orang ramainya...nak menyorong stroller Damia tersangkut-sangkut ...cuma dapat singgah beberapa booth je...tak sangka dapat jumpa Faisal Tehrani...handsome la dia tu..hehehe..hubby dapat la beli beberapa buah buku untuk dirinya dan untuk Iqbal.

Perut masing2x dah lapar...pergi la makan Pizza Hut dalam the Mall. Lama dah tak makan pizza...sukanya Damia hirup sup....

Sebelum balik, window-window shopping dulu dalam mall tu. Sempat jugak beraksi dalam kedai Tomei lagi.

Dalam tren sewaktu balik, Damia tertidur keletihan. Iqbal...dia happy sesangat...dah hujung2x cuti sekolah baru kami bawa dia jalan-jalan. Esok dah nak start sekolah balik.

Saturday 20 March 2010

Fiesta Belon Udara Panas





Mula-mula plan nak balik ke Perak sebab ada anak sepupu kahwin..mentelaah tu boleh jengok mak abah kat kampung...tapi oleh kerana hubby ada kerja yang tak habis2x...terpaksa la dibatalkan rancangan tu...sedih sungguh...ye la dah inform mak abah kami nak balik...tiba2x cancel...sure diorang sedih sebab diorang memang nak sangat jumpa Damia.

Dah tak jadi balik Perak...hubby bawa kami anak beranak pergi menyaksikan Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa kat Putrajaya. Belon-belon panas ini di datangkan dari pelbagai negara termasuk Amerika, Jepun, Belgium, Thailand, South Korea, Perancis dan Jerman.

Ramai betul pengunjung kat sana...yang best tengok keriangan Iqbal dan Damia la. Oleh kerana pergi pun dah lewat petang...so cuma dapat tengok beberapa biji je belon yang berjaya di lepaskan ke udara. Ingatkan sempatlah tengok belon Jean Levis di udara tapi tunggu punya tunggu, ia tak naik-naik juga....kami tak boleh tunggu lagi sebab dah nak masuk maghrib...so kami pun beredar la. Next time, kalau ada fiesta ini lagi kena pergi awal-awal sebab dengar kata banyak aktiviti2x sampingan untuk pengunjung.

Wednesday 17 March 2010

Damia dan baby walker


Mula-mula dulu kami tak nak biasakan Damia dengan baby walker ni...sebab fikirkan keselamatannya. Kat US & Canada, baby walker ni kena banned sebab boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaaan pada bayi. Namun akhirnya saya dan hubby belikan juga a walker untuk Damia...just nak bagi dia happy & fun. Niat nak beli warna pink tapi dah warna pink habis pulak...yang ada warna biru....biru pun biru la.

First time, damia naik walker, seronoknya dia...tergelak-gelak dia...tapi yang paling kelakar, dia boleh menangis bila dia tekan button dengar suara-suara kat walker tu...mungkin dia terkejut tercari-cari dari mana datangnya suara-suara tu. Yang pasti langkahnya dah laju dan pantas.