Thanks a lot kepada pengunjung2x blog ni....sudi-sudi la view stuff2x yang ada kat sini, ada alas meja/tv, kotak tisu (buat hantaran ok nie)...ini semua dari Jeddah. Disamping tu ada perfume, pin/key chain 1M, jus manggis dan lain-lain. Kalau ada sebarang pertanyaan sila-sila la email kat saya....email address ada kat bawah tu....

Sunday 21 March 2010

Jalan-Jalan Di Hari Ahad






Oleh kerana kami tak jadi balik kampung semalam, so hari ini hubby bawa kami anak beranak keluar jalan-jalan lagi. Rancangan nak pergi ke Fiesta Buku di PWTC. Dalam perjalanan ke sana, tiba-tiba hubby dapat idea "Apa kata kalau kita naik LRT je ke sana...tak payah susah-susah nak cari parking kereta"...saya dan Iqbal ikut je...lagipun Damia tak pernah naik LRT lagi. Jadi kami pun naik la LRT dari stesen Bdr Tasek Selatan ke stesen PWTC. Saya memang dah lama tak naik LRT terutama STAR LRT. Pada pendapat saya, STAR tak friendly user..tak de lif langsung. Bayangkan kena mengangkat stroller Damia mengggunakan tangga.

Dalam tren, Damia riangnya...pengalaman baru baginya. Memang tak lekang la sengih dia tu..sampai orang sekeliling pun suka tengok aksinya...bangga sungguh la hati mama dia ni.

Di Fiesta Buku...susahnya nak bergerak...orang ramainya...nak menyorong stroller Damia tersangkut-sangkut ...cuma dapat singgah beberapa booth je...tak sangka dapat jumpa Faisal Tehrani...handsome la dia tu..hehehe..hubby dapat la beli beberapa buah buku untuk dirinya dan untuk Iqbal.

Perut masing2x dah lapar...pergi la makan Pizza Hut dalam the Mall. Lama dah tak makan pizza...sukanya Damia hirup sup....

Sebelum balik, window-window shopping dulu dalam mall tu. Sempat jugak beraksi dalam kedai Tomei lagi.

Dalam tren sewaktu balik, Damia tertidur keletihan. Iqbal...dia happy sesangat...dah hujung2x cuti sekolah baru kami bawa dia jalan-jalan. Esok dah nak start sekolah balik.