Thanks a lot kepada pengunjung2x blog ni....sudi-sudi la view stuff2x yang ada kat sini, ada alas meja/tv, kotak tisu (buat hantaran ok nie)...ini semua dari Jeddah. Disamping tu ada perfume, pin/key chain 1M, jus manggis dan lain-lain. Kalau ada sebarang pertanyaan sila-sila la email kat saya....email address ada kat bawah tu....

Saturday 20 March 2010

Fiesta Belon Udara Panas





Mula-mula plan nak balik ke Perak sebab ada anak sepupu kahwin..mentelaah tu boleh jengok mak abah kat kampung...tapi oleh kerana hubby ada kerja yang tak habis2x...terpaksa la dibatalkan rancangan tu...sedih sungguh...ye la dah inform mak abah kami nak balik...tiba2x cancel...sure diorang sedih sebab diorang memang nak sangat jumpa Damia.

Dah tak jadi balik Perak...hubby bawa kami anak beranak pergi menyaksikan Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa kat Putrajaya. Belon-belon panas ini di datangkan dari pelbagai negara termasuk Amerika, Jepun, Belgium, Thailand, South Korea, Perancis dan Jerman.

Ramai betul pengunjung kat sana...yang best tengok keriangan Iqbal dan Damia la. Oleh kerana pergi pun dah lewat petang...so cuma dapat tengok beberapa biji je belon yang berjaya di lepaskan ke udara. Ingatkan sempatlah tengok belon Jean Levis di udara tapi tunggu punya tunggu, ia tak naik-naik juga....kami tak boleh tunggu lagi sebab dah nak masuk maghrib...so kami pun beredar la. Next time, kalau ada fiesta ini lagi kena pergi awal-awal sebab dengar kata banyak aktiviti2x sampingan untuk pengunjung.