Thanks a lot kepada pengunjung2x blog ni....sudi-sudi la view stuff2x yang ada kat sini, ada alas meja/tv, kotak tisu (buat hantaran ok nie)...ini semua dari Jeddah. Disamping tu ada perfume, pin/key chain 1M, jus manggis dan lain-lain. Kalau ada sebarang pertanyaan sila-sila la email kat saya....email address ada kat bawah tu....

Tuesday 19 January 2010

Pembelajaran dalam kehidupan





Damia sekarang ini dah menunjukkan colour dlm tingkah lakunya…dah pandai menyahut bila namanya dipanggil…damia akan tersenyum-senyum menampakkan giginya yang 2 batang tu. Hobinya yang paling disukai menangis la bila tak de orang kat sisi dia…menangis yang amat kuat sampai mengalir air mata, bersedu-sedu macam dipukul…hai kena berteman sentiasa anak dara seorang ini…dah pandai tunjukkan reaksi merajuk dan marah. Lagi satu…asyik nak berdukung je….baringkan nanti menangis…huh…lenguh tangan…nasib baik ada pembantu rumah boleh tolong jagakan. Yelah…abangnya pun perlukan perhatian Mama dia juga…nanti abangnya merajuk, payah nak pujuk.

Paling best bila damia bangun setiap pagi…dia akan bersuara.....petah sungguh damia…..macam dah pandai menyembang. Saya dan Hubby memang wajib bermain-main dulu dengan Damia sebelum keluar pergi kerja...sebab tu la punchcard hari-hari merah (mintak-mintak jangan la bos bagi surat merah pulak)..tapi ini je lah pun masa yang ada bersama Damia. Balik kerja selalunya lambat sebab tersangkut dalam kesesakan di jalan raya, sampai rumah je, Damia dah mengantuk nak tidur. Harap-harap, saya tak miss pada setiap perubahan yang akan berlaku pada baby saya ni.