Thanks a lot kepada pengunjung2x blog ni....sudi-sudi la view stuff2x yang ada kat sini, ada alas meja/tv, kotak tisu (buat hantaran ok nie)...ini semua dari Jeddah. Disamping tu ada perfume, pin/key chain 1M, jus manggis dan lain-lain. Kalau ada sebarang pertanyaan sila-sila la email kat saya....email address ada kat bawah tu....

Tuesday 19 January 2010

Cuti-cuti






Hari itu, sambil tengok tv dgn family, ternampak la iklan Saya Nak Cuti anjuran Mas Traveller.com tu. Menarik tu...siapa tak nak pergi bercuti di sponsor lagi tu. Saya pun teringin jugak nak pergi ke Bali atau Phuket, maklumla tak pernah jejakkan kaki lagi ke sana.

2 tahun lepas...merasa juga lah pergi ke Koh Samui, Thailand...dapat tiket murah masa Matta Fair...naik Firefly. Memang menarik tempatnya...pantainya pun indah. Yang kelakarnya, main pergi je, tak booked mana-mana hotel pun. Sampai sana, baru menggelabah nak cari tempat penginapan...nasib baik...bukan waktu peek...jadi...memang banyak chalet-chalet kat sepanjang pantai. Costnya RM70 je per night. Biliknya ok ..ade katil, tv, aircond dan bilik air pun ada water heater. Walking distance je pergi ke pantai. Nak ronta-ronta pulau, sewa je motobike...cuma RM25 sehari. Waktu malam memang meriah...tempat makan punya la banyak...tapi bagi pendapat saya, agak sukar bagi umat islam nak mendapatkan makanan halal..masa saya pergi dulu...hanya satu restoran je yang saya jumpa pemiliknya orang Bangladesh (orang muslim). Dia bercerita...segala bekalan untuk restorannya dia dapat dari kampung melayu yang terletak di belah selatan pulau itu. Dan menurutnya, di situ lah terletaknya satu-satunya masjid di pulau itu. Dah kebetulan datang ke Koh Samui, pergi la melawat ke kampung melayu...macam berada kat kelantan...semua orang cakap loghat kelantan. Selepas solat di masjid kampung tu....apa lagi makan la..rasa macam dah lama tak jumpa makanan ala2 melayu. Lagi satu yang saya perhatikan di Koh Samui ni penuh dengan massage centre....sana sini massage....ambik peluang jugak lah berurut...badan dan kaki dah lenguh-lenguh berjalan. Shopping tak berapa seronok sangat...tak de apa-apa kelainan.

Berbalik pada topic Mas Traveller.com ini...teringin jugak nak sertainya, setakat buat karangan tu oklah tapi kena jadi pengacara rancangan percutian sendiri tu agak payah sikit...saya ni dah la darah gemuruh....muka tak komersil langsung nak masuk tv...alamat ketepi kan dulu lah niat nak bercuti di sponsor ni..

Tapi bagi kawan-kawan semua, jangan lah lepaskan peluang ini ye...layari la http://mastraveller.com/SayaNakCuti/ untuk maklumat lanjut. Gook Luck...mudah-mudahan rezeki anda.