Thursday, 14 January 2010
Damia selsema & batuk
Hari ni Damia selsema & batuk...kesiannya dia...hati ibu manalah yg tak risau tengok anaknya begitu. Dalam 7 bulan ini, dah 4 kali damia sakit. Orang kata baby akan sakit dulu untuk belajar sesuatu...betul la tu...sebab sembuh demam yang lepas, damia dah boleh meniarap...kali ni mesti damia nak belajar merangkak. Positif thinking sbb tak risau sgt. Kadang2x saya terfikir...damia mudah sakit mungkin sebab dia kurang minum susu ibu. Umum mengetahui khasiat susu ibu..ianya mengandungi antibodi untuk mencegah penyakit. Terkilan memang terkilan...tapi keadaan waktu tu memang payah...selepas bersalin je saya & damia berpisah, saya dimasukkan ke ICU disebabkan tumpah darah. Selepas itu, cuba juga breastfeeding tapi Damia macam tak puas...susu macam tak cukup..Damia asyik menangis je...sampai saya sakit kepala, tension..dah la sakit kat perut lagi..dah tak tahan sangat, suruh hubby beli susu formula...bagi anda yang pernah melalui pengalaman yang sama tentu faham tapi ada pendapat kata saya terlalu ikutkan perasaan...mungkin jugak. Saya sentiasa berdoa dan berserah pada Allah, agar Damia diberikan kesihatan yang baik...sihat selalu.