Monday, 4 January 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hi, ini adalah blog saya yang pertama. Mesti ada yang bertanya siapa Damia....Damia adalah baby girl saya yang dilahirkan pada 9 June 2009. Saya cuba juga pujuk doktor agar dilewatkan kelahiran untuk sehari lagi supaya sama tarikh lahir dengan abangnya Iqbal....namun doktor tak izinkan. Allahuakhbar, hampir melayang nyawa dari jasad bila saya non-stop bleeding sehingga lebih 3 liters dalam labor room......akhirnya selepas 6 jam bertarung nyawa....Alhamdullilah bersyukur Allah masih memberi kesempatan buat saya untuk melihat dunia ini lagi...untuk bersama suami, anak-anak, keluarga dan teman-teman yang tersayang. Bagi saya, hidup ini terlalu bererti...jangan dipersiakan.